Thursday, April 22, 2010

Mungkin Hitler Ada Benarnya…..

Berat ek tajuk entry….nape skang ni aku suker tulis bende2 cm nih…sbb aku membaca..ye that’s the word…MEMBACA KAN JAMBATAN ILMU + rajin2la tgk channel History kt Astro ok….ayat x ingat..poyo…

Semasa kecil apa yang aku tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahatberperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem‘Combat’ semasa zaman tersebut.Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, makadigambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yangjahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yangditabalkan berada di pihak tentera Amerika.

Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutamakanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepadabahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agaksinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jermanitu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jermanyang saya baca.seminggu lepas aku menghabiskan bukuyang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. SebagaiYahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan.Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawaNazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Polanddan Rusia.aku pn x pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yangpasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuhdengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yangmenentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilangperusahaan yang teratur.

Kekejaman itu tidak dapat diterima olehsesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk olehrakyat negaranya.Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler,persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawaYahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman,mendapat sambutan ketika itu?Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919,walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal danhanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namunselepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isuanti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannyadan menyokong gerakannya membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan,beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisanbuku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yangdihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca darikejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalambuku tersebut.Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawaYahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung ProstestanJerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dankemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies.

Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudihidup secara terpisah dari bukan Yahudi.Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agardibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan denganGhetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehinggamenjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawaYahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah.Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekankhas hanya untuk mereka.

Mengapakah masyarakat Eropah ketika itubersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya,samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asaspengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama,Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkankehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah,tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapatditerima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlahkemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lamaberakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini.Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsaYahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.

Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiatYahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana merekaYahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernahmengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun merekakhianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabis.a.w. Maka mereka pun diusir.Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikankepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasanberagama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalampengistiharan khalifah agung tersebut.

Namun, seperti biasa, Yahuditerus khianat.Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculanpemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka denganpara nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka.Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ denganmenyatakan setiap individu yahudi itu jahat.Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyaimerupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yangmulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokohagamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islamamat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahuorang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namunini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalanganYahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuatberdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhkubukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orangbertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah punmenyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalumereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukanAbdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yangterbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anakpemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakahjika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawabmereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah:“Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”.Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawatiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas merekaberkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yangpaling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orangpaling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahaiRasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (RiwayatAhmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi butaseperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihatYahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itubukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. KepercayaanHitler itu, mungkin ada benarnya….huh….penat menaip nih….

Kenapa Manusia Perlukan Agama…..

Kepercayaan kepada Tuhan yang disertai dengan ajaran, ibadah dan kewajipan yang bertalian dengan kepercayaan itu disebut agama. Agama merupakan perkara universal dalam kehidupan manusia. Sebahagian besar umat manusia di bumi ini yang pelbagai latar belakang etnik, geografi, iklim dan budaya, menganuti salah satu agama.

Agama telah ada sejak manusia wujud dan menjadi bahagian yang tidak terpisah daripada kehidupan manusia. Meskipun kini ilmu pengetahuan dan teknologi maju dengan pesat, manusia tetap memerlukan agama. Ilmu pengetahuan dan teknologi tidak dapat memberi jawapan atas pertanyaan mengenai erti dan tujuan hidup manusia, yang hanya boleh dijawab oleh agama.

Saat ini kecenderungan manusia moden untuk kembali kepada agama semakin kuat. Kekhuatiran bahawa agama akan ditinggalkan ternyata tidak terbukti. Agama tetap di perlukan oleh manusia sepanjang masa. Ada pelbagai macam motivasi yang membuat manusia memeluk suatu agama. Manusia juga memerlukan penjelasan atas pertanyaan mengenai erti, asal dan tujuan hidup. Jawapan atas semua itu hanya boleh didapatkan daripada agama.

Dahulu banyak pemikir yang meramalkan bahawa agama akan rosak kerana sudah tidak diperlukan lagi oleh manusia moden yang telah sangat maju dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi. Kemudian muncullah orang yang mengingkari adanya Tuhan, yang disebut kaum ateis.
Namun kekhuatiran bahawa agama akan ditinggalkan oleh manusia moden ternyata tidak benar. Sejak beberapa dasawarsa terakhir terjadi kebangkitan agama-agama hampir di seluruh dunia, yang ditandai antara lain dengan semakin meningkatnya kunjungan ke tempat-tempat ibadah, ceramah-ceramah agama dan penerbitan buku-buku agama.

Pandangan seseorang terhadap agama, ditentukan oleh pemahamannya terhadap ajaran agama itu sendiri. Ketika pengaruh gereja di Eropah menindas para ilmuwan akibat penemuan mereka yang dianggap bertentangan dengan kitab suci, para ilmuwan pada akhirnya menjauhi dari agama bahkan meninggalkannya.

Persoalan yang menjadi topik perbicaraan kita mahu tidak mahu harus muncul. Apakah agama masih relevan dengan kehidupan masa kini yang cerminannya seperti digambarkan di atas? Sebelum menjawabnya, perlu terlebih dahulu dijawab: Apakah manusia dapat melepaskan diri daripada agama? Atau adakah alternatif lain yang dapat menggantikannya?

Dalam pandangan Islam, keberagamaan adalah fitrah sesuatu yang melekat pada diri manusia dan terbawa sejak kelahirannya. Oleh kerana agama adalah fitrah atau sejalan dengan jati diri, maka ia pasti dianuti oleh manusia, kalau bukan sejak muda, maka menjelang akhir usianya.

Firaun yang derhaka dan merasai dirinya Tuhan pun pada akhirnya bertaubat dan ingin beragama tetapi sayang kerana sudah terlambat. Kerana agama adalah fitrah, maka ia tidak boleh dan tidak perlu dipaksakan. Mengapa harus memaksa? Tuhan tidak perlu pada paksaan dan akhirnya pun Dia dan agama-Nya diakui. Bukankah agama itu fitrah?

Ini bererti manusia tidak dapat melepaskan diri daripada agama. Tuhan menciptakan demikian kerana agama merupakan keperluan hidupnya. Memang manusia dapat menangguhkannya sekian lama, boleh jadi sampai dengan menjelang kematiannya. Tetapi pada akhirnya, sebelum roh meninggalkan jasad, ia akan merasa keperluan itu.

Memang desakan pemenuhan keperluan bertingkat-tingkat. Keperluan manusia terhadap air dapat ditangguhkan lebih lama jika dibandingkan dengan keperluan udara. Begitu juga keperluan manusia terhadap makanan jauh lebih singkat dibandingkan dengan keperluan manusia untuk menyalurkan naluri seksual. Demikian juga keperluan manusia terhadap agama dapat ditangguhkan tetapi tidak untuk selama-lamanya.

William James menegaskan bahawa, selama manusia masih memiliki naluri cemas dan mengharap, selama itu pula ia beragama (berhubungan dengan Tuhan). Itulah sebabnya mengapa perasaan takut merupakan salah satu dorongan yang terbesar untuk beragama.

Murtadha Muthahhari menjelaskan sebahagian fungsi dan peranan agama dalam kehidupan ini tidak mampu dimainkan oleh ilmu dan teknologi. Jelasnya ilmu mempercepat anda sampai ke tujuan, agama menentukan arah yang dituju. Ilmu menyesuaikan manusia dengan lingkungannya dan agama menyesuaikan dengan jati dirinya. Ilmu hiasan lahir dan agama hiasan batinnya. Ilmu memberikan kekuatan dan menerangi jalan dan agama memberi harapan dan dorongan bagi jiwa.

Ilmu menjawab pertanyaan yang dimulai dengan bagaimana dan agama menjawab yang dimulai dengan mengapa. Ilmu selalu mengeruhkan fikiran pemiliknya sedangkan agama selalu menenangkan jiwa pemeluknya yang tulus. Bukankah kenyataan hidup masyarakat Barat membuktikan hal tersebut?
Manusia merangkumi akal, jiwa dan jasmani. Akal atau rasional ada wilayahnya. Tidak semua persoalan boleh diselesaikan atau bahkan dihadapi oleh akal. Karya seni tidak dapat dinilai semata-mata oleh akal kerana yang lebih berperanan di sini ialah kalbu.

Akal bagaikan kemampuan berenang. Akal berguna saat berenang di sungai atau di laut yang tenang tetapi bila ombak dan gelombang telah menerjah, maka yang pandai berenang dan yang tidak boleh berenang sama-sama memerlukan pelampung.

Dalam hubungannya dengan pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi, agama sesungguhnya sangat berperanan, terutama jika manusia tetap ingin menjadi manusia. Ambillah contoh bidang bio-teknologi. Ilmu manusia sudah sampai kepada batas yang menjadikannya dapat melakukan rekayasa genetik.

Apakah keberhasilan ini akan dilanjutkan sehingga menghasilkan makhluk-makhluk hidup yang dapat menjadi tuan bagi penciptanya sendiri?
Apakah ini baik atau buruk? Yang dapat menjawabnya adalah nilai-nilai agama dan bukan seni bukan pula falsafah.

Jika demikian, maka tidak ada alternatif lain yang dapat menggantikan agama. Mereka yang mengabaikannya terpaksa menciptakan agama baru demi memuaskan jiwanya.

Hati…..

From now on,selain dr mengupdate kehidupan harianku di blog,aku juga akan tulis sedikit sbnyk dr ape yg aku bace sbg manfaat bersama….chewah…ape yg baik jdkan tauladan yg jahat jdkan sempadan….betul x nih….

Kelajuan perjalanannya tidak terhitung lajunya dan ruang gerakannya tiada batas sempadan tempat. Bahkan bila jasad mati, hati terus hidup di alam Barzakh sehingga ke alam Akhirat.”
Pernahkah kita terfikir ada suatu keajaiban di dalam diri kita yang kita sendiri tidak mampu mengawalnya? Ia diberi keupayaan untuk merasa senang dan susah. Ia juga sangat sensitif terhadap apa yang berlaku, yang didengar, dilihat dan dirasa. Dari sanalah ia menentukan sikap kita sama ada positif atau negatif. Yang peliknya, ia boleh bertukar-tukar rasa. Adakalanya dia rasa senang bila dipuji, rasa menderita apabila dikeji.


Rasa riak dan megah pula timbul bila mendapat kelebihan dan kejayaan. Hairan dengan diri bila mampu buat sesuatu yang orang lain tidak mampu. Tapi tiba-tiba rasa rendah diri dan hina diri bila ada kekurangan. Rasa sombong dan angkuh apabila berkuasa dan memiliki ilmu lebih dari orang lain. Rasa marah bila dihina orang. Rasa tidak senang bila tengok orang lain dapat lebih. Berdendam pula bila ada orang menganiaya diri. Simpati dan belas kasihan bila melihat orang kesusahan. Rasa keluh kesah bila mendapat kesusahan dan ditimpa penyakit. Rasa terhutang budi dan berterima kasih kepada orang yang menolong kita. Rasa gerun bila berdepan dengan sesuatu yang menakutkan. Rasa jijik pula bila berdepan dengan benda-benda kotor. Itulah dia hati atau roh.Memang sungguh ajaib hakikat penciptaan hati ini. Kelajuan perjalanannya tidak terhitung lajunya dan ruang gerakannya tiada batas sempadan tempat. Bahkan bila jasad mati, hati terus hidup di alam Barzakh sehingga ke alam Akhirat. Hati atau rohlah yang akan menanggung azab dan nikmat yang dilakukan oleh jasad lahir semasa hidup di dunia.

Tempat letaknya roh ini ialah di dalam hati jasmani. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan. Hati manusiaboleh menerima perintah dan larangan dan dipanggil rohul amri. Manakala roh haiwan tidak boleh menerima perintah dan larangan dipanggil rohul hayah.
Bagaimana sepatutnya hati seorang mukmin itu?

1. Sensitif dengan Tuhan.
2. Orang mukmin bila mendapat kejayaan, nikmat, kemudahan hidup, kelapangan hidup, hatinya terasa syukur kepada Allah.
3. Jika terbuat dosa, sekalipun dosa kecil, apalagi kalau dosa besar, hatinya akan merasa resah gelisah, takut dan hilang ketenangan.
4. Hati orang mukmin sentiasa rasa di awasi Tuhan.
5. Kalau diuji oleh Tuhan, hati orang mukmin sabar dan redha. Bahkan tenang dengan ujian dan kesusahan hidup.
6. Hati orang mukmin sangat merendah diri dengan Tuhan.
7. Sentiasa terkenang nikmat-nikmat Allah yang terlalu banyak yang belum pun sempat di hitung, Allah tambah lagi nikmat-Nya.

Begitulah beberapa ciri hati orang mukmin yang sepatutnya kita rasakan. Hati yang dapat merasakan perkara-perkara di ataslah hati yang membawa keikhlasan, kejujuran, kasih sayang dan harmoni di dalam masyarakat. Akhirnya dari hati inilah yang akan membuahkan keamanan, kedamaian dan kebahagiaan yang diidam-idamkan. Tetapi kalau di dalam hati penuh dengan sifat hasad dengki, pemarah, tidak boleh berlapang dada, sombong, iri hati, salah menyalahkan orang lain dan berbagai-bagai lagi sifat yang negatif, mustahil akan melahirkan masyarakat yang harmoni. Justeru itu mari kita sama-sama membina hati yang baik agar segala masalah yang kronik dapat diselesaikan dengan segera.

Hari Untuk Bumi….

Semalam 22.04.2010 adalah hari khas untuk Bumi (Earth Day) merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara,dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar. Dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April. ~sumberwikipediaApa pulak peranan kita sebagai ibu bapa bagi menyokong Earth Day ni

1. TREE PLANTING Ajar anak korang menanam pokok, pokok bunga, pokok mangga, tapi jangan ah ajar menanam dalam hujan kekekeke. lepas tu ajar dia supaya jaga pokok tu baik-baik. ha kalau nak beli sayur-sayuran, buah-buahan segar dari pasar malam sebab dia lagi freshhh you. takyah lah beli yang segera-segera dah masuk dalam tin bagai tu

2. SAVING ENERGY – Turn Off lampu!!! Tutup semua lampu bila korang tak pakai. Ingat ingat ingat ye. Tutup lampu bila kita keluar je dari bilik rumah semua ok….ini mmg ingatan utk aku yg mmg slalu lupo tutup lampu…air cond…kipas…..pastu hjg bln sawan tgk bil letrik….huhuhu

3. RECYCLE - bawa anak-anak pegi ke pantai, taman, tasik untuk berkelah piknik bagai. Gunakanlah barang-barang yang mesra alam sekitar :). Mengajar anak-anak membuang sampah mengikut kategori sampah bagi tujuan kitar semula tu lah. kemain dah berkaler-kaler tong sampah sekarang kan. bukan susah sangat pun ye tak. Iklan pun selalu keluar.

4. SAVING WATER - Ajar mereka supaya tidak membiarkan air paip terus mengalir ketika memberus gigi. kan membazir tu. tau pun mengelupur nak membayar bil hahaha.

5. LAIN-LAIN - Ajak anak korang berjalan kaki atau naik basikal kalau nak pegi mana-mana. Takyah la naik kereta kalau takat dekat-dekat ni. Kasik keluar peluh sikit. Gunakan Cloth Diaper (CD) berbanding Pampes pakai buang tu. So lepas pakai cuci. Jangan menggunakan Dryer untuk keringkan baju. Sidai ajer la. Jemur tengah panas tu. Baju pun tak cepat rosak. sebab dia lebih menjimatkan. takyah beli susu formula. Jimat kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...

Wah…pandai aku mengajar u all kan…aku pn ntah dpt buat ntah tidak….wakakaka…tp ape pn same2 la kite membantu bumi kite yer….ingat ni TANPA MANUSIA BUMI TETAP ADA, TANPA BUMI MANUSIA?.....renung2kan…

Thursday, April 8, 2010

RAFIQI DARWISHY

Namenye cam besh kan..cam name org baik2 je…tp hakikatnye….x sangke aku bdk2 skang ni melampau tahap gaban cm die nih..nk salahkan sape ek?sedeynye…kematian seseorg skang ni x bleh buat manusia insaf lgsg….al-fatihah dijadikan bahan gurauan….bersorak setan2 sbb dpt buat bdk ni masuk geng dia….ya allah,berikan nur dan hidayahMu kpd hambamu yg kerdil ini…..kematian dh bleh dibuat main2,mmg serius penyakit manusia akhir zaman….aku makin takut,bleh ke aku elakkan perkara cm ni jd kt anak aku,boleh ke aku pastikan ajaran agama yg akan aku berikan cukup utk dia berfikir baik buruk,dosa dan pahala….sesungguhnye aku mmg takut sgt2…..Allah melihat ape yg kite lakukan dan malaikat israfil tunggu mase je nk tiup sangkalanya…mase tu sempat ke bertaubat? Sori skit,peluang dh lame diberi pd korang wahai manusia….so balik pasal bdk ni ye…ape yg die fikir sbnrnye…ape yg die marah sgt kt arwah din beramboi ni…aku x nafikan kdg2 lawak arwah mmg sakit jiwa la,klu silap org bleh bwk gaduh punye…tp bile dia pergi,jgnla kite ungkit kelemahan2 dia,cube ingatkan gelagat dia yg kdg2 buat kite ketawa,buat kite tersenyum walaupn mase tu kite ngah bermuram durja kn….at least dia dpt pahala sbb buat kite t’senyum…..wahai rafiqin,insafla…ari ni ari keluarga arwah yang meratapi kehilangan org tersayang…esok lusa kite x tau kn….ape yg jd kt budak ni aku jdkan ikhtibar dlm mendidik anakku,semoga Allah memberikan aku kekuatan agar aku dpt m’didik wafa berlandaskan islam yg sebenar….insyaallah….

p/s: sedih la...x bleh nk upload gambar lgsung kt opis ni...pelik aku....

Wednesday, April 7, 2010

Fenomena lagi…Maybe?

Fenomena ni maybe kt aku n my girls je kot….ala pasal citer ASMARADANA tue…tgk x? actually aku x tgk citer dr mule,sbb lewat sgt la siarannye.. time tido my cik kecik…bile tidokan dia ngan mak cik kecik skali jalan…huhuhu tp smlm pas borak ngan kak lang dia ckp cite tue best giler…tambah plak Tiz zaqyah yg belakon….so,mlm td dgn rasminye aku tuggu cite tue…aduh..br start 5 minit aku dh nangis..gile ah…aku ni klu cite2 cm ni mmg sentap btol la…ni yg maleh ni…buat kene kutuk ngan en pezal je nnt…bab amran nangis tu mmg sedey btol….at first aku ingat si azizah mmg akan stay setia maut kt amranla sbb dia still x bleh trime faris walaupun dh kawen…tp bleh tahan ker? Faris kn baik…cinta tahap gaban kt zizah,pastu tambah plak ari2 satu bilik,mesti cair punye kan…kehkehkeh….teruja giler aku nk tgk sambungan cite ni…tp aku rasela,last nnt mesti amran ngan azizah blk…ala biase r cite melayu kn…tp kan byk jgak skang ni citer melayu yg not hepi ending…lagi tambah sawan tetibe dtg plak laki lain sbg ganti pd Ex’s heroin ni..….x kisah cm ner endingnye aku tetap nk tgk..tau sbb ape yg aku meroyan sgt nk tgk cite ni? Sbb AMRAN @ Shahiezy sam tu…mmg feeling abis la..
p/s : aku giler nk tgk KL drift sbb sam ni jgak….walaupun dia mafia giler dlm citer ni, aku tau dlm hati dia ade taman dan lembut spt tisu….wakaka

Thursday, April 1, 2010

aku ade minat baru?

best x entry nih...klu ejat bace ni mesti teruja giler nk tau...eh..akak minat ape ek...minat ape ni? btol x jat? k,skang ni aku nk jahit manik2 di baju....wakakaka pasni akak amik upah jahit manik baju korang,and i caj murah jer..harge adik badik...RM 100.00 huhuhuhu....semangat nk beli manik ni...doa2 la ape yg i minat ni akan kekal ek...(aku selalu buat keje separuh je...pastu boring mengusai diri)...